Saturday, December 2, 2006

Meet the "codemaker"!




Do come to this exhibition! - http://rantai-art.blogspot.com/

klik flyer

Lihat di Dalam/See Inside-->

Wednesday, November 29, 2006

Stensil untuk di potong dan di spray oleh semua!



Klik Stensil

Lihat di Dalam/See Inside-->

Friday, November 24, 2006

Peoples' Rights Festival - 10 December '06



klik flyer

Lihat di Dalam/See Inside-->

Thursday, September 28, 2006

Rashid Maidin (1917 - 2006)



klik gambar

Stensil diatas ni boleh di lihat dekat Puduraya, seorang kawan ternampak dan ceritakan pada aku pasal graffiti ni....ada lagi kat CM tapi bila aku pegi, dah pun padam termasuk lah aku punya self portrait ngan work Little Mo 'Dope' tu.

Lihat di Dalam/See Inside-->

Wednesday, September 20, 2006

Graffiti dari Taipei





Gambar ini dari kawan. Stensil graffiti di Taipei. Menurut beliau, stensil graffiti ada di merata tempat di sana.... sampaikan ada megazine yang tunjukkan guidemap di mana stensil graffiti boleh dijumpai di sana!

Best gila!

klik gambar

Lihat di Dalam/See Inside-->

Sunday, September 17, 2006

Self Portrait/ Dope by Little Mo



Teknik - Aku, Kertas Mahjung yg di tampal ngan spray mount
[tak kuat, sila kekal gunakan gam kanji!]
Teknik - Little Mo, gaya bebas!
Lokasi - Central Market

klik gambar

Lihat di Dalam/See Inside-->

Tuesday, August 22, 2006

sickmyduck #1



Klik butang 'play' kemudian 'pause'. Klik semula butang 'play' apabila proses 'loading' selesai untuk perjalanan video yg lebih baik.

Lihat di Dalam/See Inside-->

Sub-Komandan Markos [f-code]



Ini lah vandal yg di cari-cari.

Lihat di Dalam/See Inside-->

Monday, August 21, 2006

Poster f-code di satu parti jalanan



klik gambar

Lihat di Dalam/See Inside-->

Guantanamo Bay/ Guatakmau Beb



Teknik - Wheat Paste
Lokasi - Ampang Point

klik gambar

Lihat di Dalam/See Inside-->

Saturday, August 5, 2006

Dinding itu ada telinga, telinga anda ada dinding.

From: "****** ***" <******.***@gmail.com>
To: "toilet head ."
CC:
Subject: Re: f-code
Date: Fri, 4 Aug 2006 12:59:07 +0800

saya vegetarian la abg...

On 7/15/06, toilet head . <fcodes@graffiti.net> wrote:

haram!

f-code.blogspot.com
________________________________________________________________

Email ni di hantar sebagai menjawab kepada gambar atau stensil 'Haram' yang di spray di KFC (gambar di bawah tajuk Haram!). Walaupun ada berbagai email yg aku terima, ada yg memuji... mengutuk, yg ajak pg bomb dan tak kurang gak yg ajak aku dating. Tapi aku tertarik ngan yg ni sebab dah banyak gak aku terima bentuk cam ni.... ada yg minta penjelasan.... ada yang buat tafsiran sendiri....mana2 pun aku tak kisah. Memang aku lagi suka org ramai melihat work aku dan menilai atau mentafsir sendiri apa yg 'dinding' itu cuba sampaikan.... tapi sudah tentu aku punya idea sendiri terhadap suara yg aku berikan pada dinding itu.
Ini idea aku.
Halal dalam konteks yg *umum adalah sesuatu yg di bolehkan dan Haram adalah sebaliknya. Contohnya, DVD cetak 'rompak', pendatang tanpa permit, punk rock, black metal dsbnya. Semua contoh yg di beri kat atas ni adalah sesuatu yg di anggap sebagai Haram oleh mereka yg 'berkuasa' untuk mengharam dan menghalalkan apa2 sahaja. Dan kuasa ini di beri oleh rakyat macam kita..... macam aku dan kau. Kalau aku boleh 'jadi'kan sesuatu itu berkuasa..... maka aku MAHA berkuasa. So apa salahnya aku mengharamkan apa yg selama ini 'mereka' halalkan. Peperangan, penindasan, DVD halal yg mahal, 'pendatang' yg datang ke sini melabur kapital seperti dalam hal ini, KFC (ramai org Malaysia ingat KFC adalah syarikat lokal), musik nasyid, musik/lagu patriotik bosan dan seterusnya.....
Ini hanya dasar idea.... seterusnya korang boleh hurai sendiri. Untuk pengetahuan, aku ada spray stensil Haram tu di KLCC, tembok2 rumah banglo kat sekitar Ampang dan KL dan beberapa bangunan2 besar.

Tafsiran pengirim ini seolah aku cuba menyerang pemakan daging...... tapi secara peribadi aku tidak langsung berniat sebegitu. Bagaimanapun itu adalah tafsirannya dan aku gembira yg aku membantu dalam memperjuangkan Vegetarianisme secara tak langsung!
hehehehe.

f-code

*umum - aku tidak mengambil Haram mengikut tafsiran agama islam atau sbgnya.


Lihat di Dalam/See Inside-->

Thursday, August 3, 2006

Obey Police State


Artwork org lain yg di hantar ke email
kawan aku...dan kawan aku tu ngan
baik hati forwrd gambar ni kat aku.
...nice but not nice rite!

klik gambar

Lihat di Dalam/See Inside-->

cute + vandal


Di Bukit Nanas bersama dgn Makcik Tua
klik gambar


Di Wangsa Maju
klik gambar

Lihat di Dalam/See Inside-->

Monday, July 24, 2006

Alia


Di Wangsa Maju
klik gambar

Lihat di Dalam/See Inside-->

Alia

Beberapa minggu lepas ada majlis kenduri arwah untuk abah dan umi aku… seperti yang dijangkakan… hanya sebilangan kecil penduduk setempat yg hadir… malah kehadiran jiran bukan melayu lebih ramai. Adala dua tiga orang rakan guru kepada kedua abah dan umi, sedikit jiran2 dan sedara mara yang datang.
Kakak aku turut hadir… datang bersama suami dgn dua anaknya yg nakal, bijak dan comel. Cerita aku ini tentang yg sulong… namanya Nurul Alia Cirda… aku panggil dia Alia. Semasa dia berumur 3 tahun aku hadiahkannya sekotak krayon…. Habis dinding rumahnya…..penuh ngan mural krayon hasil vandal kecil ni. Memang boleh nampak ngan jelas kecenderungan Alia pada menconteng jika nak di bandingkan ngan adik lelakinya Naim. Di rumahnya, kakak aku beli kan papan hitam kecil tempat dia menconteng.... tapi Alia tetap akan menconteng dinding. “Tak sama!” kata Alia berkenaan perbandingan papan hitam ngan dinding... ”Dia bijak!” respon aku bila kakak aku minta aku jelaskan pada Alia supaya menconteng di papan hitam sahaja.
Kakak aku melawak… ”Aku rasa kita tak pernah ‘have sex’ bersama sebab Alia banyak ikut perangai kau”…

Dah tentu……tidak

Baru berumur empat tahun tapi sangat bijak… sampaikan penat aku menerangkan padanya bila dia bertanyakan tentang ‘pemergian’ atuk dan neneknya. Selesai kenduri, Alia datang pada aku… kalau di extreme zoom kan muka aku masa tu… mungkin boleh nampak peluh dingin keluar… apa aje dia nak tanya malam ni... aku lagi panik bila dia datang ngan suratkhabar yg asalnya diguna untuk menutup makanan.

“Angah”! panggilan buat aku... “Rogol tu apa”?

Anak sedara perempuan aku menunjukan satu artikel di akhbar yg menarik perhatiannya. ‘Kanak-kanak 9 tahun dirogol bapa’. Dia tahu apa yg dimaksudkan “kanak2” dan apa itu “bapa”, yg di tanyakan pada aku, “Rogol tu apa”?
Berbagai cara gak aku gunakan ntuk menerangkan padannya sampaikan dia bertanyakan samada papanya nak merogol dia. “Papa adik jahat ke, dia nak rogol adik ke”? Tapi dah tentu aku cakap tak, plus aku kenal sangat bapak pada budak ni. “Dulu angah selalu kacau adik, tu angah nak rogol adik ke”? Aih.... aku pun dia cakap nak rogol dia? Kali ni aku rasa aku mesti cuba cerita padanya, dgn bahasa yg agak simple supaya dia tahu apa itu rogol dan tahu bila dia berada dalam bahaya.

“Angah!! mama nak rogol adik!!!” jerit dia menangis. Aku tergamam kali ni. “Mama suruh bukak baju, adik tak nak tapi mama paksa”. Kakak aku pun terkejut sama terdengar anaknya menuduh dia hendak merogol. Aku dan kak long hanya memandang anak kecil ini yang masih berpakaian sekolah tadikanya dan belum pun mandi walau sudah pukul 4 petang. Jelas bahasa yg aku gunakan salah.
Alia, nama artwork ini (klik gambar), aku abadikan gambarnya yg telah di stensilkan dua layer, kelabu dan hitam lengkap dengan pakaian sekolah tadika dan teddy kesayangannya. Asalnya aku ambil gambar dia dalam keadaan dia sedikit mamai dengan kamera pada satu pagi sebelum ke tadika.
Aku harap rogol ini berakhir, tidak ada lagi berita tentangnya dalam akhbar, tiada lagi kanak-kanak yg menjadi mangsa, tiada lagi wanita yg perlu hidup trauma, tiada lagi pak sedara yg perlu menjawab ;....“Rogol itu apa”?

Lihat di Dalam/See Inside-->

Saturday, July 15, 2006

Haram! [di baca dgn tegas.... setegas Majlis Fatwa]


Di pintu tepi sebuah Restoran Kentucky Fried Chicken di Kuala Lumpur.
klik gambar.

Lihat di Dalam/See Inside-->

Stiker Pak Lah di 'spoof', keluar paper opposition.


-Kesian dia....
-oleh Azman Ramzan
klik gambar.

Lihat di Dalam/See Inside-->

Saturday, July 8, 2006

Tampal stiker dlm City Square, JB.

Lihat di Dalam/See Inside-->

Monday, July 3, 2006

spare a wall!


"Spare a wall for me will ya"! : My Mom

Lama tak pegi Kinokinuya KLCC, sekali pegi jumpa lak kawan, Sei Hon. Dia tanya pasal projek baru aku. Memang lama gak aku tak ‘menulis’, sedang ruang penulisan bagi penulis macam aku semakin bertambah...pesat membangun.

Sejak abah meninggal, umi selalu sakit, murung, termenung. Kadangkala dia tersenyum sendiri pastu menangis. Orang kata dia gila, dan ada seorang ustaz kata abah aku bela hantu raya, menyebabkan umi aku selalu ternampak kelibat orang tua tu. Dalam masyarakat melayu, bila seseorang bercakap sambil menjual agamanya, pendengar pasti akan percaya. Adik-adik perempuan aku yg baran ngan mulut sial ustaz tu mengajak aku menghantar berpuluh-puluh hantu yg kami bela, tapi bukan dalam botol....dlm tin spray. Agaknya berpuluh ekor hantu yg adik aku lukis pada kadbod yg kami potong bersama sambil menyumpah seranah si ustaz. Malam ustaz tiada di rumah pergi menyembah ‘Tuhan’ yg menyayangi si ‘penyampai’ sepertinya, kami memecah masuk rumah rasul ini........, pergi mampus sama ‘Tuhan dia’ yg memerhati. Keliling dinding rumahnya kami letakkan hantu ditambah dengan tiga ekor hantu yg siap di spray atas kadbod, kami gantung atas pokok mempelam rendang depan rumahnya. Selesai ritual penuh mistik itu, kami keluar tanpa sesat walau bertiup kabar rumah ustaz berilmu tinggi ini berpagar dengan ayat ‘suci’. Esok satu kereta peronda melawat ustaz, tak sangka polis dipanggil untuk menangkap hantu....itu lah hebatnya polis Malaysia. Tiga hari kemudian, tiga ekor hantu di gantung dipagar rumahnya diikuti seminggu kemudian kami pecah masuk lagi, menanam bangkai kucing kesayangan adik aku lengkap dengan batu nisan di laman rumahnya.
Dan ketika ini, si ustaz tinggal di kuarters guru. Rumah yg disewanya itu kini kosong, .....berhantu.

“Kau ‘merosak’kan anak gadis di rumah ni, tapi umi tak kisah dengan cara mereka di’rosak’kan oleh kau.”. Ingatkan umi marah bila adik-adik aku ikut sama buat stensil, rupanya dia tak kisah. Nasihatnya cuma....., “Jangan sampai kena tangkap!”.
Dia memang terbuka dalam hal sebegini, bukanlah dia sentiasa setuju dengan aku dan dia juga tak melarang minat aku.
Pada aku...... dia kawan......, kawan paling rapat dengan aku dalam dunia ni. Dan aku paling sakit hati bila orang kata dia gila dan arwah abah aku dikatakan membela hantu raya. Setahun lebih umi menderita kerinduan pada abah yg meninggal pada 2004. Sehingga sekarang, terbukti dia tidak gila dan tak pernah gila..... Dia hanya terlalu rindu, menunggu waktu ntuk menyusul.

Revisited - “Spare a wall for me will ya!”. bisik umi pada aku..............., sebelum matinya.
Dedikasi - Umi Cirda Haryati (1949 - 2006)
Seorang kawan, ibu pada tiga stensilis nakal.

Di Kinokinuya, Sei Hon minta nasihat kerana dia baru sahaja jatuh dari basikal ketika hendak ke KLCC. “Aku pun penah jatuh basikal, paling teruk aku jatuh sampai berdarah kepala"......, aku belajar dari situ.....
Nasihat aku pada dia, "Baiki brek belakang dan pakai la helmet”. Dia balas, "leceh la pakai helmet ni".......
Errrmmm....,

Aku batuk darah dengan kaler spray kelihatan pada darah baru-baru ni. Antara sebab yang aku ceritakan pada Sei Hon ttg kenapa aku lama tak ‘menulis’. Dia terkejut... bertanya ttg apa yg terjadi lagi. Kaler spray yg aku gunakan keluar dari hidung bila aku menghembus hidung, sakit-sakit pinggang, sakit kepala, tekak dan mata. Aku kerap ke tandas membuang air, jadi pelupa dan kadang-kadang tangan aku menggigil macam orang sakit parkinson. Ingatkan sebab ada penyakit lain, tapi setelah melakukan penyelidikan sendiri, di’percayai’ berpunca dari kabus spray yg dah terlalu banyak aku sedut. Spray mengeluarkan kaler dan pada masa yg sama membentuk kabus halus yg mudah disedut oleh paru2. Malah kabus ini dengan mudah menyerap melalui liang pada kulit, bahagian dalam bibir dan hidung yg terdedah secara langsung padanya. Jadi nasihat aku, pakai la topeng hidung(mask) dan sarung tangan getah (glove). Sebelum, semasa dan selepas aktiviti spray korang, dinasihatkan supaya makan dan minum. Paling penting minum. Ini membantu tubuh kurang menyerap toxin dari spray. Jangan tiup ‘spray cap’ dengan mulut jika tersumbat, biasakan menyimpan tin spray secara terbalik supaya ‘cap’ tak mudah tersumbat. Neurotoxin dlm spray boleh merosakan otak drpd menghasilkan hormon yg kontrol pundi kencing. Ia juga boleh merosakkan sistem imun dan saraf, buah pinggang, hati dan paru-paru. Kebanyakan maklumat seperti ini ada terdapat pada label spray. Tentukan arah angin semasa menyembur dan cuba elakkan menyembur melawan angin. Elak dari menyembur di tempat tertutup (indoor) dan sekali lagi paling penting, pakai mask dan sarung tangan getah.

Sei Hon nasihatkan aku ke Hospital, memastikan sakit aku yg sebenar tambahan aku memang patut mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital. Aku melawak berkata, “Death by graffiti sounds like an honorable way to die”, tapi bila dipikir semula, macam menyerah atau berserah pada permainan ini. Aku belum puas bermain, so kena la aku terima nasihat kawan aku ni. Di hospital, doktor bertanya kalau ada apa2 yg mungkin boleh menyebabkan aku batuk berdarah, aku takde pilihan.....so aku ceritakan aku banyak menggunakan cat spray masa ber'kerja'. Doktor tu nasihatkan aku supaya buat seperti yg aku cakap kat atas tadi........dan dia suruh aku berhenti menggunakan spray......aku dikatakan berada pada tahap yg agak merbahaya tapi belum terlambat kalau aku berhenti.
Melupakan spray paint!..........not going to happen! Kalau aku tak mati sakit tua......duduk di rumah 'melancap' pasal seni dan perubahan, aku mungkin akan mati lebih awal, kena langgar lari, kena tembak ngan polis atau batuk berdarah penuh warna-warni(mati dalam keadaan indah). Berhenti atau tidak, aku tetap akan mati, takkan nak biarkan doktor tu tentukan cara yg lebih baik ntuk mati. Dan yg pasti jugak aku akan terus menulis di dinding2 berbekal pengetahuan bahawa mask dan sarung tangan getah boleh mengurangkan risiko seperti di atas tadi.

So I've learned my lesson twice. Pertama; pakai helmet ketika berbasikal dan sentiasa pastikan brek dan segala sistem keselamatan pada basikal berada dalam keadaan baik.Kedua; pakai mask dan sarung tangan getah apabila hendak menggunakan sebarang bentuk aerosol termasuk adhesive spray dan spray serangga. There’s no leceh-leceh about this matter!.

Lihat di Dalam/See Inside-->

Wednesday, June 28, 2006

rated haram...coming soon!


klik gambar.

Lihat di Dalam/See Inside-->

f:code in JB


link ke ricecooker(klik kanan, open in new window)
klik gambar.

Lihat di Dalam/See Inside-->