Thursday, June 12, 2008

Minyak naik, Naik minyak!!!!



Aku bangun tengahari seperti biasa, tak mandi dan gosok gigi juga seperti biasa.... check email, dan segala..... dua design stencil ini di hantar kepada aku dan puluhan yg lain..... tak pulak aku kenal pengirim ni, tapi buat masa ini, aku takkan memaparkan emailnya sehingga beliau bersetuju untuk itu. Persoalan.... Kenapa dia hantar stencil ini kepada kita??? Dan kenapa aku jadi bersemangat untuk cepat2 memasukkanya dalam entry terbaru aku??? Kenapa di hantar 2 design??? huh!
Mulanya tak perasan, rupanya ada perbezaan, satu guna font 'crass' dan satu lagi guna font 'boston public'.... dua2 font kegemaran aku. Ada kekuatan tersendiri pada font2 ni, pada sejarahnya, pada rupa bentuknya, pada sifatnya... font 'crass' tu contohnya satu font yg popular dan di cipta oleh satu band punk yg aktif dengan kegiatan stencil dengan nama yg sama puluhan tahun yg lalu. Mereka menggunakan stencil dengan font yg mereka buat tu untuk propagate idea2 anti perang, anarchisma, feminisma dan berbagai di sekitar London... sgt kuat font2 ini hingga ia jadi satu preset dalam mana2 minda manusia yg ia represent atau mewakili jiwa manusia yg ingin melawan!! .... dan dalam konteks ini...font ini jadi lebih kuat bila ia di himpun membentuk perkataan di atas ini.... "NAIK".... satu perkataan bahasa melayu[malaysia] yg membawa maksud ke atas...ke satu leval/tempat yg lebih tinggi, ke arah atas.... haha.... penterjemahan ini aku buat tanpa merujuk kamus.... sebab tiada gunanya.... siapa sahaja orang Malaysia tahu dan patutnya tahu apa maksud "NAIK".
Ia satu perkataan yg kita dengar lebih kerap akhir2 ni.... harga barangan naik, tambang bas naik, bil api naik, gaji tak naik2.... tambah pulak lagi skang minyak pulak naik.
Gandingan yg aku lihat bijak dalam urus kerja propaganda.... bagai Shepard Fairey dengan word yg jadikannya jutawan..."OBEY", perkataan naik ini juga aku lihat ada kekuatan itu, di tambah dengan mmg realitinya ramai kapitalis2 kaya yg akan bertambah kaya bila serba-serbi 'naik', ia juga ada kekuatan lain.... punya kekuatan psikologi songsang[reverse psychology]....sama seperti perkataan 'obey' tadi, punya nilai simple yg sinikal dalam penyampaian mesej, punya kekuatan dalam membawa ke arah satu pop culture yg baru, mampu membawa satu fenomena baru dalam street art di malaysia.... yea street art.
Kekuatan itu aku lihat besar kemungkinannya jika perkataan 'NAIK' di atas ni di bawa, di sembur, di tampal, di tabur, di laung, di hambur, di beritakan, di nyanyikan, di billboardkan, di wheat-pastekan di serata pelusuk jalan di Malaysia.... biar semua orang lihat dan benci.... benci dengan kerja anak2 vandal ini yang menyebar perkataan 'NAIK' ini terlalu banyak di serata negara.... mereka akan sakit hati ketika melihat stickernya di dalam tren2, menyampah ketika terperasan ia di kedai mamak, menyumpah seranah melihat ia di tempat kerja... kedai.... perumahan... tempat melepak...., mereka akan lemas dan rimas dengan kerja vandal2 bila mana imej itu ada hingga di tebing-tebing sungai, sakit hati melihatnya ketika mereka dalam kereta ketempat kerja di billboard dan papan2 iklan korporat, mereka akan serabut seperti di ekori 'NAIK' ini, biar mereka rasa sakit hati.... biar mereka rasa begitu hingga mereka sedar yg bukan penyembur seperti kita yg perlu di benci.... bukan vandal2 ini yg menyakitkan hati......, tetapi hakikat bahawa perkataan 'NAIK' itu terlalu benar.... mereka akan nampak bahawa yg menyakitkan hati mereka adalah mereka yg 'menaikkan' perkataan 'NAIK' itu tadi.
Berbalik kepada cerita aku terhadap font 'crass'....., 'boston public' adalah font yg telah mengalami evolusi dari font 'crass' itu... jadi aku lihat proses 'naik' itu terus akan berlaku jka kita tidak mahu ia berhenti, biar ia dengan font 'crass' atau telah evolve menjadi 'boston public' ia tetap membentuk perkataan yg menindas yg telah menindas kita sekian lama, rupa berbeza dengan maksud yg sama.... penindasan akan terus "naik", dan kita akan terus di bawah.... di pijak-pijak.
Jadi jika korang nampak yg aku nampak, rasa apa yg aku rasa..... mulai hari ini.... download imej ini, peduli siapa designernya.... stensilkan ia, stikerkan, posterkan atau buat apa sahaja agar ia mampu beredaran di jalanan serata negara. Ayuh!!! kita "naik minyak"!!!