Thursday, February 15, 2007

Hari-hari Valentine


Petang 14 feb itu. Okipa sedang menyiapkan work dia
atas work aku.


Ini-LAH Okipa ngan hasil kerja kami.


CM Annexe


Kat tiang LRT, Pasar Seni.


Kalau tgk betul2 bleh nampak aku!

klik gambar2

Gambar diatas ni di ambil sehari selepas Valentine sebenarnya.... hari yg aku mulakan dgn memotong stensil dgn penuh perasaan kasih, sayang dan cintanya aku pada dia..... board stensil!
Aku tidur pada pukul 6 pagi 14 feb itu selepas selesai beromen penuh ghairah dengan board stensil berlapikkan cutting mat....zzzzz!
2 petang 14 feb itu aku di kejutkan sms oleh OKIPA, seorang artis stensil dari UK yg dtg melawat Malaysia. Kunjungannya tak aku siakan.....Kami berkolaborasi, tambahan pula hari ni adalah hari terakhir beliau disini sebelum meneruskan kembara ke Indonesia. Bunga tulip seperti dalam gambar yg pertama adalah hasil sentuhan beliau. Boleh lihat hasil kerja org tua ni kat stensil revolution:
Pukul 2 petang itu aku, Okipa dan seorang lagi rakan bersedia dgn work2 terakhir sebelum serangan berani mati malam itu. Aku menyambung sedikit kerja2 semburan tanpa baju atau menggosok gigi kerana mengetahui takde gadis yg akan aku cium petang Valentine itu......hahahah!
Kami menyembur stensil di atas kertas mahjung nipis kerana terfikir ntuk menggunakan teknik wheat paste untuk memudah atau mempercepatkan kerja2 "kovert" kami.
Hujan turun lebih kurang dalam pkul 4, aku yg patutnya pegi beli spray terkandas....jadi hari itu aku keluar lewat. Malam baru keluar rumah. Okipa dan sorang lagi kawan awal lagi dah keluar.
Sampai ke destinasi....melepak tanpa berbual tentang hari valentine pun.... menunggu waktu org pulang ntuk tidur supaya org seperti kami pula boleh menguasai jalanraya. Sementara menunggu lewat pagi, Okipa banyak bercerita tentang pengalaman beliau, gig pertama beliau- the Damned- semasa berumur 15 tahun[gig yg penuh dgn air kencing dan ludahan-rasanya aku tak mahu ada di situ], gig Crass- dimana bassist band tersebut menghempuk gitarnya ke kepala satu bonehead yg cuba menyerang band tersebut ketika sedang beraksi diatas stage, sehinggalah kepada cerita tentang hubungan intim beliau dgn seorang gadis serigala jadian dari indon..hahahah.
Pkul 2 pagi 15 feb baru kami mulakan kerja. Secara rasminya Valentine day sudah berakhir. Hari kebanyakkan manusia dari "straight society" menyambut cinta, membeli bunga, coklat dan kondom untuk perform malam harinya..... tapi cinta orang macam kami last forever! tak jatuh pada 14 feb sahaja.... org macam kami bercinta sentiasa. Menyambutnya setiap hari!
Selesai shj kerja aku terpaksa berpisah ngan org tua ni. Dia akan menaiki bas ke KLIA dari KL Sentral pada pkul 3:15 pagi. Kami berjabat tgn, berterima kasih kepada satu sama lain dan bersabda sesama sendiri sebelum beliau pergi ke KL Sentral menaiki kereta kawan aku pada pukul 2:45 pagi itu.
Aku pula meneruskan perjalanan aku pulang ke rumah di wilayah autonomi ini. Dengan perasaan cinta.....cinta pada stensil graffiti ini dan mahu mencintainya lebih hebat dari org tua bernama Okipa itu!