Monday, July 24, 2006

Alia

Beberapa minggu lepas ada majlis kenduri arwah untuk abah dan umi aku… seperti yang dijangkakan… hanya sebilangan kecil penduduk setempat yg hadir… malah kehadiran jiran bukan melayu lebih ramai. Adala dua tiga orang rakan guru kepada kedua abah dan umi, sedikit jiran2 dan sedara mara yang datang.
Kakak aku turut hadir… datang bersama suami dgn dua anaknya yg nakal, bijak dan comel. Cerita aku ini tentang yg sulong… namanya Nurul Alia Cirda… aku panggil dia Alia. Semasa dia berumur 3 tahun aku hadiahkannya sekotak krayon…. Habis dinding rumahnya…..penuh ngan mural krayon hasil vandal kecil ni. Memang boleh nampak ngan jelas kecenderungan Alia pada menconteng jika nak di bandingkan ngan adik lelakinya Naim. Di rumahnya, kakak aku beli kan papan hitam kecil tempat dia menconteng.... tapi Alia tetap akan menconteng dinding. “Tak sama!” kata Alia berkenaan perbandingan papan hitam ngan dinding... ”Dia bijak!” respon aku bila kakak aku minta aku jelaskan pada Alia supaya menconteng di papan hitam sahaja.
Kakak aku melawak… ”Aku rasa kita tak pernah ‘have sex’ bersama sebab Alia banyak ikut perangai kau”…

Dah tentu……tidak

Baru berumur empat tahun tapi sangat bijak… sampaikan penat aku menerangkan padanya bila dia bertanyakan tentang ‘pemergian’ atuk dan neneknya. Selesai kenduri, Alia datang pada aku… kalau di extreme zoom kan muka aku masa tu… mungkin boleh nampak peluh dingin keluar… apa aje dia nak tanya malam ni... aku lagi panik bila dia datang ngan suratkhabar yg asalnya diguna untuk menutup makanan.

“Angah”! panggilan buat aku... “Rogol tu apa”?

Anak sedara perempuan aku menunjukan satu artikel di akhbar yg menarik perhatiannya. ‘Kanak-kanak 9 tahun dirogol bapa’. Dia tahu apa yg dimaksudkan “kanak2” dan apa itu “bapa”, yg di tanyakan pada aku, “Rogol tu apa”?
Berbagai cara gak aku gunakan ntuk menerangkan padannya sampaikan dia bertanyakan samada papanya nak merogol dia. “Papa adik jahat ke, dia nak rogol adik ke”? Tapi dah tentu aku cakap tak, plus aku kenal sangat bapak pada budak ni. “Dulu angah selalu kacau adik, tu angah nak rogol adik ke”? Aih.... aku pun dia cakap nak rogol dia? Kali ni aku rasa aku mesti cuba cerita padanya, dgn bahasa yg agak simple supaya dia tahu apa itu rogol dan tahu bila dia berada dalam bahaya.

“Angah!! mama nak rogol adik!!!” jerit dia menangis. Aku tergamam kali ni. “Mama suruh bukak baju, adik tak nak tapi mama paksa”. Kakak aku pun terkejut sama terdengar anaknya menuduh dia hendak merogol. Aku dan kak long hanya memandang anak kecil ini yang masih berpakaian sekolah tadikanya dan belum pun mandi walau sudah pukul 4 petang. Jelas bahasa yg aku gunakan salah.
Alia, nama artwork ini (klik gambar), aku abadikan gambarnya yg telah di stensilkan dua layer, kelabu dan hitam lengkap dengan pakaian sekolah tadika dan teddy kesayangannya. Asalnya aku ambil gambar dia dalam keadaan dia sedikit mamai dengan kamera pada satu pagi sebelum ke tadika.
Aku harap rogol ini berakhir, tidak ada lagi berita tentangnya dalam akhbar, tiada lagi kanak-kanak yg menjadi mangsa, tiada lagi wanita yg perlu hidup trauma, tiada lagi pak sedara yg perlu menjawab ;....“Rogol itu apa”?